Saturday, December 10, 2011

may this be a da'wah towards the sunnah

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.

Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada).

Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya).

Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut.

Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.

Al-Baqarah:233


i'm a mother of two; to 4 years old Nur Jannah and Ahmad Rayyan who will be 3 months old next week.
Breastfeeding! cik ayu totally screwed up masa my first baby, Jannah (may be 75% bukan 100%... sbb Jannah breastfeed sampai umur 6 bulan... campur susu formula though.. huhu.. justified la ek..). seawal umur seminggu cik ayu dah mula bg Jannah susu formula, alasan? most popular answer: not enough breastmilk supply! on top of all other reasons yg cik ayu akan share as we move along.. (dlm entry2 cik ayu lepas ni..)

so sebelum apa2, cik ayu rasa ada baiknya diperbetulkan niat ni... blog ini adalah utk cik ayu share all my experience.. semoga dapat beri panduan utk mereka yg mungkin berada dlm keadaan cik ayu suatu ketika dulu.. dan utk bg semangat, bahawa gagal kali pertama bukan bererti gagal selamanya.. (chehwahhh...). and since breastfeeding adalah sunnah Rasul kita, terkandung dlm ayat dari Allah, may this be a da'wah.. usaha yg sedikit, dari ilmu yg sedikit, tp insyaAllah ikhlas.. (^__^)

berjayakah cik ayu breastfeed Rayyan sehingga umurnya 2 tahun? insyaAllah.. this blog will record the journey..

0 comments:

Post a Comment