Thursday, January 5, 2012

doa dan cabaran... rupa2 nya saya tidak keseorangan..

lepas jek dpt berita cik ayu hamil (sungguh skema perkataan itu), cik ayu dlm solat slalu doa.. "ya Allah, semoga air susu ku cukup utk susukan anak ku nanti sehingga dia berumur 2 tahun".
alhamdulillah.. breast milk cik ayu mmg banyak (pd pendapat cik ayu la, sbb tak pernah plak compare ngan org lain), sekurang2 nya sampai skang cukup utk rayyan minum.
tp cabaran utama cik ayu, rayyan susah nak latch (T__T). the same problem masa deliver jannah dulu.. jannah pon susah nak latch which eventually cik ayu just bottle fed jannah.. so the same goes with rayyan.. cik ayu have to pump all the breast milk for rayyan.. tak penat ke? tak leceh ke? hanya Dia yg tahu.. kengkadang rasa nak give up.. tp tu la, cik ayu sampai skang doa.. "ya Allah. permudahkan lah aku utk menyusukan anak ku hingga dia berumur 2 tahun, beri lah aku kekuatan"

dan suatu hari, masa dlm bilik 'kaseh bonda' (ni nama bilik mengepam breast milk di company tempat cik ayu keje), masa berbual2 ngan sorang ibu nih.. cik ayu pon cakap,"saya tak leh direct breastfeed, baby saya susah nak latch" dan dia kata "sama la...". rupa2 nye ade jugak yg senasib ngan cik ayu.. cik ayu tanya," baby you dah berapa bulan?" dia jawab,"6 bulan".. ya Allah... what a relief! it is possible!
so ini buat cik ayu semangat semula..tp mcm cik ayu cakap td.. bukannya senang, kalo malam2 ibu lain blh just 'hulur' jek breast bg baby minum, tp cik ayu kena bangun, mengepam, basuh pam, label susu dan masukkan dlm fridge (dengar jek dah letih)..
walau bagaimana pon, segala nya ada hikmah disebaliknya.. semoga segala kepayahan itu Allah kurniakan kesenangan di tempat yg lain.. hanya Dia yg tahu..
so kepada yg senasib ngan cik ayu... don't give up.. WE CAN DO IT!! (^___^)

breast milk cik ayu stock up utk bekal naik keje..
in one month cik ayu berjaya stock up 40 bags.. alhamdulillah..

Tuesday, January 3, 2012

beza dulu ngan sekarang...

dulu: saya takde kesedaran pasal breastfeeding.. tahu breastfeeding tu bagus, tp setakat tahu mcm2 tu jek... tidak sepenuh jiwa..
skang: saya banyak baca tentang breastfeeding.. makin banyak baca, makin bertambah passion saya ngan breastfeeding ni..

dulu: saya ada breastpump, tp beli sbb ikut2 jek.. org beli, saya beli.. takde buat research bagai..
skang: saya ada breastpump baru.. setelah baca baaanyaak review,baru beli yg ni..

dulu: nak pump breastmilk kat opis amat le susahnya.. pump kat satu bilik ni yg ala2 stor (mmg stor pon, stor makcik cleaner), tutup pintu takde cahaya langsung, horror..
skang: company dah buat satu bilik khas utk ibu2 pump breastmilk.. sangat happy! sambil pump blh baca buku pasal parenting, pasal breastfeeding.. o ya! ada fridge lg dlm bilik tu, so senang nak simpan ebm sementara nak tunggu balik keje..

dulu: pengetahuan amat la cetek pasal breastmilk management..
skang: dah pandai banyak dr dulu... thanks to all mommies yg bnyk blogging pasal ni..

dulu: hubby tak berapa nak support breastfeeding ni.. sbb dia pon tak reti..
skang: sgt supportive, sanggup drive jauh2 layan saya nak beli breastpump and etc. dan masa weekend, time hubby ada kat rumah, breastpump hubby yg tolong basuhkan lepas cik ayu guna.. huhu...

ahmad rayyan 27 days old

Wednesday, December 14, 2011

why breastfeeding?

utk wanita bekerjaya, breastfeeding is not as easy as it may seem. having to expressed breastmilk at work, having to spend money on the 'gadget' (breastpump bukannya murah kan..), having to follow all those 'procedure' - storing & thawing expressed breastmilk... bla, bla, bla... kesimpulannya, ia bukanlah mudah. susu formula is always there as an easy way out. hanya perlu bancuh dan bagi. abes cerita..

pon begitu, ada seribu satu artikel telling us the benefits of breastfeeding.. then kite mula fikir, oh! ok... breastfeed ni sungguh baik rupanya, banyak faedah nya.. but then, not many of us is convinced by that.. oh! breastmilk boleh tingkatkan immune system baby - alaahh... kalau sakit, demam, klinik kan ada... minum susu formula baby sihat jugak.

for me
, hanya ada satu alasan : kerana ia sunnah Nabi Muhammad s.a.w. dan saya percaya serta yakin yg nama nya sunnah itu tentu besar hikmah dan kebaikannya.. tak kira lah sama ada ianya blh dirungkaikan dgn ilmu sains atau ilmu apa sekali pon, atau tak tergapai dek akal kita.
dan orang2 mungkin akan kata, "alaaahh... sunnah je.."
kenapa kite perlu ikut sunnah? ini saya quote dari Ustaz Don Daniyal dlm 30 minit Ustaz Don, Episod 9 - Wudhu':

"Dikira di dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w. : Siapa-siapa yg buat sunnah aku di ketika umat semua tak mau buat, bg dia satu pahala atau dalam riwayat yg lain 100 pahala mati syahid."

Subhanallah...
jadi mari la kite niat breastfeed utk ikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w. insyaAllah, pahala untuk kite.. (^___^)



p/s: dan setiap kali cik ayu nak skip berkumur or masukkan air dlm hidung masa nak amek wudhu', cik ayu akan teringat pesan Ustaz Don dan tak jadi nak skip.. huhu...

Saturday, December 10, 2011

may this be a da'wah towards the sunnah

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.

Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada).

Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya).

Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut.

Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.

Al-Baqarah:233


i'm a mother of two; to 4 years old Nur Jannah and Ahmad Rayyan who will be 3 months old next week.
Breastfeeding! cik ayu totally screwed up masa my first baby, Jannah (may be 75% bukan 100%... sbb Jannah breastfeed sampai umur 6 bulan... campur susu formula though.. huhu.. justified la ek..). seawal umur seminggu cik ayu dah mula bg Jannah susu formula, alasan? most popular answer: not enough breastmilk supply! on top of all other reasons yg cik ayu akan share as we move along.. (dlm entry2 cik ayu lepas ni..)

so sebelum apa2, cik ayu rasa ada baiknya diperbetulkan niat ni... blog ini adalah utk cik ayu share all my experience.. semoga dapat beri panduan utk mereka yg mungkin berada dlm keadaan cik ayu suatu ketika dulu.. dan utk bg semangat, bahawa gagal kali pertama bukan bererti gagal selamanya.. (chehwahhh...). and since breastfeeding adalah sunnah Rasul kita, terkandung dlm ayat dari Allah, may this be a da'wah.. usaha yg sedikit, dari ilmu yg sedikit, tp insyaAllah ikhlas.. (^__^)

berjayakah cik ayu breastfeed Rayyan sehingga umurnya 2 tahun? insyaAllah.. this blog will record the journey..